Sunday, December 26, 2010

Jatuh Chenta Lagi..lalala

Salam..
Aduh..!Sakitnye hati ne..Jiwa skit,hati sakit,mata pon sakit.Kat sape? Sakit kat kasot ne..hehehe..Cumel kan ne kasot? Tengah usha satu tadi tapi nampak gayanye susah sikit pasal tak jual kat Mesia. Dah try cari yang terdekat tapi tak pasti la pulak..Singapore ada jual ke? Nak yang ori la kalo bulih tapi kalo xde jugak pa bulih buat ndak.. At least la dapat satu pon syukur..

Jenjalan kat utan style neh
neh fave aku..



Ada style ke??

Perrgh!mengancam wa cakap sama lu..

Kasot ne style la..Macam2 buleh gume.Nak trekking,climbing,jogging,dan macam2 lagi la buleh.Nak pakai jenjalan pon tade hal..Tapi kena ngan gaya la..Takkan la pegi mesjid pon korang nak melaram pakai ne kasot.Paling seswai la tuk gi wat aktiviti la..Kalo casual memang x dan la..Sape yang dok usha nengok pon mesti bantai dok gelakkan korang.Tapi jangan wisau..Kasot ne memang style woo..hengat bile dok utan tak style ke?Monyet2,gajah2,rimau2 yang lalu sebelah hang kompom x jadi nak baham korang pasal dye dok usha kasot hang. Caya lah cakap aku..Ngeh3..

Kalo la dapat kasot ne memang aku nak rembat satu. Design dye memang la pelik banyak tapi nampak kewl la bile dah rembat satu. Hehe.. Hengat heels je ke buleh lawa2..Sport shoes ne pon buleh lawa tau..Jangan men2..

Korang tatap la pic ne lama2 sure korang pon nak satu (kalo korang suke trekking la..) Aku tak pakse korang minat tapi silakan lah kalo sudah berminat tu rajen2 la usha kat kedai. Nanti kalo dah jumpe kasi tau sama aku gak ek..Jangan lupe member..Wahaha..

Tuesday, December 21, 2010

Cinta Itu Buta..kah??


Salam..

Hari ni nak wat caption lain pulak.Maaf lah sebab amik artikel ni dan bukan melalui pandangan sendiri. Cuma niat itu hanya untuk menyebarkan pandangn ini.Maaf sekali lagi jika caption ini juga membosankan tapi artikel ni punya satu makna mendalam untuuk dikongsi bersama. Terpulanglah pada setiap individu untuk menilai. Mana yang baik kita ambil iktibar, mana yang tidak kita abaikan..

Sekadar renung2an..


Cinta Facebook


Kata kakakku, "Ujian penuntut ilmu: Kewangan, malas, syahwat (rindu dan cinta), sahabat dan persekitaran."
Saya akui, sebagai penuntut ilmu atau mahasiswa, lima perkara tersebut merupakan masalah utama bagi setiap pelajar! Saya yakin anda mengakuinya juga.
Namun, bagi penuntut di Mesir, kewangan bukanlah masalah utama kerana wang zakat melimpah-ruah di sini. Negara kaya seperti Kuwait dan Brunei selalu memberikan sumbangan kepada mereka yang sedang berjihad ini.
Tetapi, empat masalah yang lain terus membelengu para penuntut.
Masalah ke-2, MALAS! Musim sejuk adalah musim yang paling agak malas di sini. Kerana mahasiswa agak selesa di sebalik selimut tanpa mandi berhari-hari.
Masalah ke-3, SYAHWAT! Ini yang ingin saya kupaskan. Insya Allah, semoga apa yang saya ingin sampaikan dapat difahami oleh anda sekalian.
Putik-putik Cinta di Facebook
Saya sebagai seorang pemuda, sering menerima pop-up chat dari orang yang tidak dikenali. Dan kebanyakanya daripada perempuan.
Adakah itu normal seperti yang diutarakan sahabat saya. Beliau bertanya di laman Facebook "says; is it normal, if wall perempuan mesti penuh dengan kawan lelaki, and vice versa?"
Apa pendapat anda?
Saya akui, saya sering 'jual mahal' dengan ajakan berborak melalu Facebook walaupun kadang-kadang tersungkur di tengah jalan. Kerana saya tekad untuk tidak chat sesuka hati bila saya sudah mempunyai orang yang saya berhajat denganya untuk melengkapkan iman saya.
Terutama bila sedang dalam menuntut ilmu, maka saya tidak mahu hidup saya terganggu dengan perkara-perkara yang termasuk dalam ikhtilat diluar syarie.
Bukan Cinta Jika Asasnya Facebook
Saya hairan bila mana ada orang merendahkan martabat cinta dengan menjualnya di Facebook. Dalam erti kata lain, "Saya boleh menerima cinta di Facebook".
Ini mungkin berlaku bila seseorang yang sudah putus cinta mengwar-warkan perasaan benci dan kesalnya terhadap cinta yang berputik terhadap seseorang. Status in relationship bertukar kepada single.
Lalu wujud seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mendengar masalah wanita tersebut. Dan memberi pandangan hanya berdasarkan minda yang mengharapkan dosa pada masa akan datang. Ini padahnya bila meluahkan perasaan melalui Facebook.
Kadang-kadang bila yang memberikan pandangan berwajah kurang handsome, si wanita akan berkata, "Sibuk je nak tahu pasal orang". Namun bila mana yang menanyakan soalan agak handsome, dengan sendiri dia akan merendahkan martabat diri dengan membuka aib sendiri.
Sedarkah kalian bahawa WAJAH PROFILE FACEBOOK BOLEH DIMANIPULASI!
Nilai Harga Diri
Adakah begitu rendah martabat cinta kita terhadap orang yang harus dinikahi sehinggakan kita boleh bercinta sekadar melihat wajah seseorang di Facebook atau bermula dengan pop-up chat di Facebook?
Namun bila kita berjumpa, terkejut melihat wajahnya yang ternyata bukan pilihan hati kita. Terus cinta yang berputik di Facebook hilang begitu sahaja. Adakah itu cinta?
Banyak artikel yang menerangkan mengenai ikhtilat diluar syarie. Anda seorang yang berakal, maka nilai setinggi mana nilai diri anda.
Seperti kata-kata Hilal Asyraf, beliau menyatakan di dalam blognya, "Cinta tidak buta".
Martabat cinta begitu tinggi. Jangan rendahkannya sehingga menilai ia buta. Saya memberi contoh, jika anda mencintai seseorang kerana agamanya, adakah bila agama orang tersebut hilang selepas anda mencintainya, adakah anda akan terus mencintainya?
Namun, jika anda tidak menganggap cinta itu buta, anda mencintai seseorang kerana agamanya, maka cinta anda kepadanya akan bertambah dan berkurang sepertimana bertambah dan berkurangnya agamanya.
Atas dasar itu cinta kerana agamanya diperkuatkan lagi dengan hadis yang bermaksud:
"Apabila datang kepada kalian orang yang kalian redha agamanya dan akhlaknya (untuk meminang anda atau wanita dibawah tanggungan anda) maka nikahlahilah lelaki tersebut. Kalau kalian tidak melakukan hal tersebut nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan yang merata".
[HR Tarmizi & Ibn Majjah]
Penutup
Niat saya menulis post ini adalah untuk menyedarkan orang yang saya cintai bahawa bukan cinta jika asasnya Facebook dan nilai diri anda wahai cintaku.
Saya mengharapkan juga dengan post ini saya dan anda menjadi lebih baik dari sebelum ini. Jika anda sudah terlajak bercinta di Facebook, maka cepat-cepat betulkan cinta anda.
Jangan cepat menjual maruah. Semoga post kali ini membuatkan anda dan saya lebih baik selepas ini bersama-sama mengejar redha Allah SWT dan cinta keranya-Nya. Insya Allah!
Salam Ingatan dari saya
Kaherah, Mesir
11.24 am 02 November 2010

Saturday, December 18, 2010

Santapan Syurga..

Salam,

Hari ni nak post something different skit dari biasa. Nak kongsi satu artikel yang aku amik kat http://www.iluvislam.com. Mungkin perkara macam ni biasa tapi kita jangan lupa macam2 perkara boleh berlaku dengan kuasa Yang Maha Esa. Semoga kita dapat iktibar dari cerita ini..

Kisah Cinta Facebook


Kehadapan suamiku yang aku cintai kerana Allah... hari ni genap setahun aku mengenali dirimu... walaupun melalui Facebook, kita mesra... seolah-olah sudah lama mengenali... rupa-rupanya kamu adalah senior di sekolah dulu...
Mungkin kita pernah bersua, berselisih jalan, beratur di barisan yang sama 10 tahun lepas... namun, siapa sangka siapa menduga... perkenalan yang tidak pernah terjadi 10 tahun lepas... menemukan jodoh kita...
Alhamdulillah... kita ditemukan dengan kemajuan teknologi... melalui Facebook... di bulan syawal... perkenalan yang tidak dirancang...
"Salam... pernah ke kita bersua? Kenapa awak add saya?"
Aku menjawab : "Gerak hati?? Tak tahu nak kata... saya masih di Selangor... awak ni senior sekolah dulu kan?"
"Saya kerja dengan *****. Macam susuh je nak terangkan. Boleh faham ke? Hehe. Jadi, kena panggil abang senior la ni?"
Kami bertukar cerita... dalam 24jam... Kami telah bertukar nombor telefon; berborak dan mendengar suara.
Hanya selepas 3 hari berkenalan, kami berjumpa.
26 September 2009 tarikh keramat.
Di bawah sepohon pokok besar dihadapan rumah sorang kenalan....
Aku bersama kereta aku menunggu penuh debaran disitu... menunggu dia keluar...
Aku gementar... takut juga kalau diperdaya... pengalaman lalu mengajar aku berwaspada...
Soalan pertama yang aku tanya, "mana lesen?"
Maka dia pun menunjukkan lesen international nya( dia baru pulang dari belajar dan bekerja di England)... aku dengan selamba bertanya...
"Mana lesennya? Ini kad pengenalan antarabangsa.."
Dia menjawab dengan yakin, "ada dalam chip tu."
Tidak ku sangka itu lah pertanyaan pertama yang tidak begitu romantis... di pertemuan pertama... dia dengan tenang memasuki kereta dan memanduku ke kedai makan berhampiran...
Kami duduk dan bersembang.. sambil aku minum milo dan dia bersama roti canai kegemarannya... selesai disitu... aku membawanya pulang ke rumah untuk dikenalkan kepada keluarga... dia berborak sambil menonton perlawanan bola bersama abang-abangku...
Tanggal 5 Disember 2009, aku dirisik... kemudian kami bertunang pada 1 Januari 2010 dan alhamdulillah bernikah pada 13 Jun 2010...
Segalanya pantas... namun aku bersyukur dipertemukan jodoh dengan dia...
Kini aku bergelar isterinya... akan aku abadikan segalanya untuk suamiku...
Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.
Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.
Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Semoga perkenalan di Facebook kekal hingga ke syurga.. aku berdoa kepada-Mu ya Allah.. "kekalkan jodoh ku bersama suamiku hingga ke syurga... jadikan lah aku bidadari suami ku di akhirat nanti..."
Ikhlas dari,
Isteri yang menyayangimu...
* Sejak kebelakangan ni aku slalu pk pasal mende ni je. Dah sampai seru ke?Alamak!Banyak lagi yang aku kena kejar sebelum aku ke tahap tu. Semoga saja aku sempat berbakti untuk ibubapaku sebalum aku mengecapi kesempurnaan diri dan mengecapi bahtera rumah tangga.
Ameen..(^_^)'

Tuesday, December 14, 2010

AtLeastICanDoForU

"The most I can do for my friend is simply be his friend."
Henry David Thoreau

Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.
Muhammad Ali

ForTheOneILove..

"When I Look At You"

Everybody needs inspiration
Everybody needs a soul
A beautiful melody
When the nights are long

'cause there is no guarantee
That this life is easy

Yea when my world is falling apart
When there's no light
To break up the dark
That's when I
I look at you

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I
I look at you

When I look at you
I see forgiveness
I see the truth
You love me for who I am
Like the stars hold the moon
Right there where they belong
And I know I'm not alone

Yeah when my world is falling apart
When there's no light
To break up the dark
That's when I
I look at you

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I
I look at you

You appear just like a dream to me
Just like kaleidoscope colors that cover me
All I need
Every breath that I breathe
Don't you know you're beautiful
Yeah yeah
When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home any more
That's when I
I look at you

I look at you
Yeah
Whoa-oh
You appear just like a dream to me 


*i dedicated this song to my beautiful fren who always there when i needed her the most and even be the cover when its rough.Thank you for always be wherever i always be.u the best i ever have.*

Thursday, May 13, 2010

hati sedeh........

sedehnye...kak yad dah balik kedah...tadi anta kak yad kat bus-stop...huhuhuhuhu...esok pulak kak ain nak balik..sedehnyer...sorang2 nak balik...hari sabtu aku dan dayang pulak nak balik tinggal kak syaz dan kak biey sensorang kat umah..sedehnye nak tinggalkan dorang..tapi nak buat macam mana..cuti sem la katakan...eyh,tau tak sekarang ni aku curi2 surf internet..huhu..bukan ape..dah lama tak update blog..nanti korang tak tau perkembangan aku pulak..hehe..alasan je..tapi serius..aku rindu nak meluah kat korang..yela..korang just baca je tapi tak boleh nak komen apa2..hehehe....kwang3..esok last subject..erm...language awareness..takotnye..hari tu tak datang class untuk second test..aku demam...dayang pon..hari tu aku dan dayang demam sampai tak boleh nak bangun...aku duduk rumah dayang nak siapkan assignment mr. B..tapi walaupon aku dan dayang tak datang class,kitorang siapkan assignment..dah tu takda sapa dak nak buat..aku senggugut masa tu..sampai tak boleh nak bergerak..dayang sebelum tu pengsan kat kelas hari sebelumnye..tapi sakit2 kami tak duduk diam..tapi semua tu dayang punya usaha..aku apalah nak tolong,just tolong temankan je la..hehehe..jahat tak aku???memang aku jahat pon...cian kat dayang...aku buli dia habis2an...wakakaka...ok la korang..dah nak chow ni...nak balik umah jap nak jumpa roommate...esok dia dah nak balik kedah gak...pastu nak sambung study...doakan aku tau korang...hehehe..


wasalam....